SEJARAH PENUBUHAN
KAFA Menengah Pulau Pinang mula dilaksanakan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) pada tahun 2021. Cadangan penubuhan KAFA Menengah Pulau Pinang ini telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui dua mesyuarat iaitu MMK (Agama) dan Mesyuarat MMK Kerajaan Negeri. Yayasan Islam Pulau Pinang sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diberikan tanggungjawab sebagai agensi pelaksana tunggal KAFA Menengah Pulau Pinang.
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah bekerjasama rapat dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mana pihak JAIS telah melaksanakan KAFA Menengah di Negeri Selangor bermula tahun 2014. Hasil kerjasama tersebut, YIPP diberikan kebenaran untuk menggunakan silibus dan sijil KAFA Menengah Selangor.
Dana bagi pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang telah diperuntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Zakat Pulau Pinang. KAFA Menengah Pulau Pinang diletakkan di bawah Bahagian Pembangunan Insan YIPP yang diketuai oleh Encik Muhammad Syauqi bin A Rahim yang merupakan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan YIPP. Sehingga tahun 2022, KAFA Menengah Pulau Pinang sedang dilaksanakan di 11 buah masjid terpilih di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pelajar seramai 380 orang dan 26 orang guru.